Sumber Gambar:  http://yudha-nurul-alfian.blogspot.com/2011/11/hikmah-meninggalkan-perkataan-bohong.html

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam karena hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :
"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan sulit untuk meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan perkataan bohong?"

"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia dengan segala upaya meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam
Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah
Salallahu Alaihi Wasalam lelaki itu berkata di dalam hatinya :
"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."

Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.
"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawaban kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecilnya. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah
Salallahu Alaihi Wasalam dan setiap kali pulalah hatinya berkata :
"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku berkata benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Ya Alloh....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah
Salallahu Alaihi Wasalam itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak hari itu merupakan babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah
Salallahu Alaihi Wasalam Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

sumber : File 1001 KisahTeladan by Heksa